Wednesday, December 29, 2010

Sejarah Sudah Tercipta.

Ngauman keramat sang harimau ternyata berjaya menenggelamkan
teriakan sang garuda yang nampaknya tidak bermaya di tempat
sendiri. Meskipun tewas, sang harimau pulang megah dengan
piala yang diidam-idamkan.

Benar, Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki 2010 meskipun
tewas 1-2 dalam perlawanan timbal balik malam tadi di
Stadium Gelora Bung Karno dengan aggregat memihak kepada
pasukan Malaysia, 4-2.

Pasukan Indonesia mengganas dengan serangan bertalu-talu
ke gawang Malaysia pada separuh masa pertama. Hasilnya,
Indonesia berjaya memperolehi sepakan penalti setelah bola
terkena tangan bek kanan Malaysia, Sabre Mat Abu.

Tetapi ternyata sang Garuda tempang apabila sepakan penalti
yang diambil oleh si 'pekau', Firman Utina, kapten Indonesia, mudah
dibaca oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang berjaya
membisukan penyokong-penyokong Indonesia yang berada di
stadium buat sementara waktu.

Pasukan Malaysia akhirnya berjaya memperolehi gol hasil
jaringan penyerang Malaysia, Safee Sali pada separuh masa
kedua. Menerima hantaran cantik daripada pemain sayap kanan
Malaysia, Ashaari Shamsuddin, Safee Sali merembat kencang
ke kanan pintu gol Indonesia sekaligus menewaskan penjaga
gol Indonesia, Markus 'Si Kepala Botak'.



Indonesia berjaya mendapatkan dua gol menerusi jaringan
Arif Suyono dan jaringan sendiri bek tengah Malaysia, Muslim
Ahmad yang tertampan bola ke gawang sendiri. Namun itu
tidak cukup untuk menumbangkan sang harimau yang gagah
bertahan sehingga ke wisel penamat.

Sebagai juara, pasukan Malaysia pulang dengan wang kemenangan
bernilai USD100 ribu manakala pasukan Indonesia membawa
pulang USD50 ribu. Penyerang Malaysia, Safee Sali berjaya
menggondol anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan dengan
lima gol manakala si 'pekau' Firman Utina, kapten Indonesia,
berjaya menggondol anugerah Pemain Terbaik Kejohanan.




Sejarah akhirnya tercipta.






*p/s : next, piala dunia. :)

3 comments:

  1. amar, bila safee tu nak minta couple dengan aku ? ahhaahahahah

    ReplyDelete
  2. haha ko tggu sampai dia ceraikan bini dia la azi oiii....

    ReplyDelete
  3. haha. nati aku suh dia mtk kapel dgn kau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...