Sunday, January 16, 2011

Falsampah.

Apabila seseorang melafazkan sesuatu untuk menegakkan apa yang mereka rasa betul dan mereka gembira melakukannya walhal ianya salah di mata orang ramai. Mereka akan tetap terus melakukannya walaupun mendapat tentangan dan pandangan negatif daripada sesetengah pihak yang berasa kurang selesa dengan perlakuan mereka itu. Mereka tidak peduli akan apa yang diperkatakan oleh orang lain, kerana mereka menyukai apa yang mereka lakukan. Mereka rasa hanya itulah caranya untuk mereka mengisi masa lapang mereka dan cara untuk mereka mengeksperesikan perasaan mereka akan keseronokan mereka menikmati hidup ini. Mereka tidak berdiri bersendirian, mempunyai teman-teman yang menyokong minat atau perlakuan mereka itu sehinggakan mereka rasa mereka berasa selamat dan yakin apa yang mereka lakukan itu betul.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...