Salah satu jenis LOMO kamera yang menjadi perhatian aku baru-baru ini. Hasil yang menarik dengan harga yang agak berbaloi aku rasa. Walaupun menggunakan filem, tapi nilai estetika yang ada pada kamera ini membuat si pemakainya berasa seolah-olah berada pada zaman 80-an.
Sunday, January 16, 2011
Falsampah.
Apabila seseorang melafazkan sesuatu untuk menegakkan apa yang mereka rasa betul dan mereka gembira melakukannya walhal ianya salah di mata orang ramai. Mereka akan tetap terus melakukannya walaupun mendapat tentangan dan pandangan negatif daripada sesetengah pihak yang berasa kurang selesa dengan perlakuan mereka itu. Mereka tidak peduli akan apa yang diperkatakan oleh orang lain, kerana mereka menyukai apa yang mereka lakukan. Mereka rasa hanya itulah caranya untuk mereka mengisi masa lapang mereka dan cara untuk mereka mengeksperesikan perasaan mereka akan keseronokan mereka menikmati hidup ini. Mereka tidak berdiri bersendirian, mempunyai teman-teman yang menyokong minat atau perlakuan mereka itu sehinggakan mereka rasa mereka berasa selamat dan yakin apa yang mereka lakukan itu betul.
Wednesday, January 12, 2011
The Social Network.
Mengisahkan tentang perjalanan Mark Zuckerberg dalam usahanya untuk mempopularkan laman web sosialnya, Facebook. Jalan ceritanya agak memeningkan kepala, dengan banyaknya 'fastforwad' dan 'flashback' membuatkan jalan ceritanya agak berterabur. Penonton perlu menumpukan sepenuh perhatian apabila menontonnya kerana kita tidak akan menyedari bila akan berlakunya penukaran babak 'fastforward' dan 'flashback'. Seperti yang diketahui ramai, laman web sosial Facebook bermula daripada idea rangkain dalaman antara kolej kediaman pelajar Universiti Harvard. Daripada idea inilah Mark Zuckerberg mendapat idea untuk membangunkan Facebook. Ilmu pengaturcaraan yang dimilikinya membuatkan Mark Zuckerberg hanya mengambil masa seminggu untuk melancarkan laman web sosial yang akhirnya menjadi kegilaan ramai ini. Cerita ini agak menariklah bagi aku. Bagaimana seseorang yang dianggap nerd dan freak menjadi selebriti dalam masa yang agak singkat dan menjadi jutawan paling muda hinggakan beliau dikatakan bakal menggantikan Bill Gates, pengasas Microsoft.
Monday, January 10, 2011
Shūshì shì guānjiàn.
Lagaknya seperti seorang pekerja pejabat.
Berjalan menuju ke kelas dengan megahnya.
Tanpa segan silu, tanpa perasaan rendah diri.
Itulah AKU.
Muahaha. Fyi, semalam adalah 1st time aku pergi
kelas hari Isnin berpakai formal sepenuhnya.
Bangga beb, nih semua terpengaruh dengan budak
bilik punya pasal.
Tapi takpe, aku masih lagi dalam proses pembelajaran
dalam memformalkan diri aku.
Kalau tak sebelum nih aku ke kelas hari Isnin pakai
skinny jeans dengan baju kemeja jek.
Tapi aku rasa itu hak individu lah kan.
Tak kisahlah kita nak pakai apapun.
Berjalan menuju ke kelas dengan megahnya.
Tanpa segan silu, tanpa perasaan rendah diri.
Itulah AKU.
Muahaha. Fyi, semalam adalah 1st time aku pergi
kelas hari Isnin berpakai formal sepenuhnya.
Bangga beb, nih semua terpengaruh dengan budak
bilik punya pasal.
Tapi takpe, aku masih lagi dalam proses pembelajaran
dalam memformalkan diri aku.
Kalau tak sebelum nih aku ke kelas hari Isnin pakai
skinny jeans dengan baju kemeja jek.
Tapi aku rasa itu hak individu lah kan.
Tak kisahlah kita nak pakai apapun.
Asalkan selesa dan kita suka dengan apa yang kita pakai.
Bak kata tajuk post ini, "keselesaan itu penting."
Wahwahwah.
Hari ini aku habis kelas awal, satu-satunya kelas untuk aku hari ini.
Memandangkan tadi dekat kelas lecturer dah mula ajar pasal internet programming,
balik bilik jek aku terus online, nak belajar pasal HTML.
Tapi keadaan cuaca sekarang yang memerlukan aku lebih cenderung berada di atas
katil daripada berada di depan laptop.
See ya!
Memandangkan tadi dekat kelas lecturer dah mula ajar pasal internet programming,
balik bilik jek aku terus online, nak belajar pasal HTML.
Tapi keadaan cuaca sekarang yang memerlukan aku lebih cenderung berada di atas
katil daripada berada di depan laptop.
See ya!
Friday, January 7, 2011
Yehyeh, balik !
Balik ! Balik ! Balik !
Akhirnya, datang pun hari Jumaat. Kejap lagi aku nak balik. Dapat gak lari dari UiTM untuk dua hari.
Monday, January 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)





