Saturday, December 25, 2010

Impian.

Malam semalam, balik jek dari lepaking aku teruslah on
laptop. Dalam kebluran tak tahu nak buat apa aku
godek-godek la semua benda yang ada dalam laptop aku nih.
Godek punya godek, terjumpa satu video nih. Video
perlawanan akhir piala dunia 2010. Belanda lawan Sepanyol.
Aku rasa semua orang memang dah tahu lah kan yang
perlawanan tuh dimenangi oleh Sepanyol.

Pasukan Sepanyol


Pasukan Belanda

Tapi kenapa aku tetap nak bagitau jugak ? Sebabnya aku
ada satu impian. Impian nak tengok pasukan Malaysia
beraksi di pentas akhir piala dunia. Bukannya apa, bila
aku tengok Iker Casillas (kapten Sepanyol) menjulang
piala kemenangan, aku dapat rasa satu feeling melanda
badan aku. Seram sejuk. Aku pun tak tahu kenapa.
Mungkin sebab diorang menang kot.

Juara dunia, Sepanyol.

Muahahaha. Pelik kan ? Tapi aku rasa nanti kalau (kalaulah)
Malaysia yang menang, mesti aku gembira tak terhingga
sampai menangis teresak-esak.

Inilah videonya,
video




*p/s : agak-agaknya bila Malaysia nak menang Piala Dunia ?
Peringkat Asia pun tak lepas lagi.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...