Wednesday, January 12, 2011

The Social Network.


Mengisahkan tentang perjalanan Mark Zuckerberg dalam usahanya untuk mempopularkan laman web sosialnya, Facebook. Jalan ceritanya agak memeningkan kepala, dengan banyaknya 'fastforwad' dan 'flashback' membuatkan jalan ceritanya agak berterabur. Penonton perlu menumpukan sepenuh perhatian apabila menontonnya kerana kita tidak akan menyedari bila akan berlakunya penukaran babak 'fastforward' dan 'flashback'. Seperti yang diketahui ramai, laman web sosial Facebook bermula daripada idea rangkain dalaman antara kolej kediaman pelajar Universiti Harvard. Daripada idea inilah Mark Zuckerberg mendapat idea untuk membangunkan Facebook. Ilmu pengaturcaraan yang dimilikinya membuatkan Mark Zuckerberg hanya mengambil masa seminggu untuk melancarkan laman web sosial yang akhirnya menjadi kegilaan ramai ini. Cerita ini agak menariklah bagi aku. Bagaimana seseorang yang dianggap nerd dan freak menjadi selebriti dalam masa yang agak singkat dan menjadi jutawan paling muda hinggakan beliau dikatakan bakal menggantikan Bill Gates, pengasas Microsoft.

1 comment:

  1. Tiap kali bukak je cerita ne, mesti tutup balik....hehe, lambat la jalan cerita dia...Nanti kalau betul2 ade mase baru bgk n faham'n...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...