Friday, February 25, 2011

Sakit Perut.

Amar, awak tuh dah part 4. Tinggal lagi dua semester jek nak habis diploma. Janganlah malas sangat belajar. Memanglah beberapa minggu nih agak sibuk sikit. Tapi pandai-pandailah cari masa untuk belajar.

Tengok macam budak-budak lain, sibuk jugak. Tapi boleh jek dapat DL tiap-tiap semester. Kau tuh bila nak dapat DL wahai cik amar oit ? Takkan nak grade dengan CGPA yang cukup-cukup makan jek.

Memanglah belajar itu susah. Tak ada benda yang senang kalau tak ada usaha. Janganlah sibuk-sibuk nak ikut macam budak-budak lain, huha sana huha sini. Fokuslah lebih sikit masa belajar.

Amar, jangan jadi bebek boleh tak ? Please lah.


*maaf, tajuk tak berkaitan langsung dengan entri kali ini.

Wednesday, February 23, 2011

Serabut.

*fullstop.

Friday, February 4, 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)


Post ini adalah untuk menyokong 1st Combined Giveaway yang telah dianjurkan oleh Elia dan adik-beradiknya. Elia kata FCG ini dibuat sempena ;
1. menghargai para pembaca kami yang sentiasa menyokong kami
2. meraikan 'kemeriahan' BE kami di tahun baru ini
3. berkongsi kegembiraan di atas kemenangan Malaysia dalam Suzuki AFF Cup.
4. tanda terima kasih kepada semua yang membantu kami memenangi sebuah iPad 16G Wifi dalam "Win an iPad" Contest anjuran Ryl Designs.

Bagi yang berminat untuk menyertai giveaway ini, klik  sini.

Monday, January 31, 2011

Wishlist 2011.

Ada banyak benda yang aku inginkan dalam tahun 2011. Antaranya :

1. NIKON D90
2. SUZUKI VS150

3. MACBOOK PRO

4. NOKIA E72

5. ADIDAS SALA


Setakat ini aku rasa ini jek barang yang aku inginkan sekarang. Kalau ada bertambah nanti, aku akan update. Terima kasih.






Sunday, January 30, 2011

Interlok.



Semalam adalah hari yang membosankan untuk aku. Bangun tidur jek tengok hujan tengah lebat dekat luar. Padahal aku ada temujanji pukul 2 petang. Tunggu punya tunggu, sampai ke malam hujan tak teduh-teduh. Nak buat macam mana kan, kita hanya boleh merancang tetapi Allah S.W.T yang menentukan.

Sepanjang seminggu cuti nih, dah macam-macam perkara yang aku rancang nak buat. Nak siapkan asignment, nak berehat dengan tenangnya dan banyak lagi. Tetapi cuti aku dicemari dengan keadaan diri aku yang tidak berapa nak larat sangat. Satu badan lenguh-lenguh hasil daripada insiden yang berlaku pada malam Jumaat yang lalu. Insiden apa ? Tak perlulah aku ceritakan di sini.

Dalam beberapa minggu nih aku ada terdengar isu yang agak panas dibangkitkan oleh kaum India di Malaysia tentang novel Interlok, novel sastera untuk pelajar tingkatan 5 hasil nukilan Abdullah Hussain. Kalau masa aku sekolah dulu, kitorang pakai novel Konserto Terakhir, aku rasa pengarang yang sama kot. Tak pakai Interlok lagi masa tuh.

Kaum India memaksa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik novel Interlok daripada sukatan pelajaran. Pasal sebab apa pun aku tak berapa nak pasti. Bukanlah sebab aku tak ambik tahu sangat pasal apa yang berlaku dekat Malaysia nih, cuma aku agak sibuk untuk ambik tahu.

Aku cuma berharap isu Interlok ini berjaya diselesaikan secepat yang mungkin agar tidak mengundang kepada perkara yang lebih buruk lagi.

Friday, January 28, 2011

Supermokh.

Jika England mempunyai Bobby Charlton dan Brazil mempunyai Pele, kita di Malaysia mempunyai Supermokh. Siapa yang tidak kenal dengan lagenda bola sepak tanah air kita iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur merupakan bekas penyerang/pemain tengah menyerang untuk pasukan Selangor dan pasukan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik Asia sekitar tahun 1970 sehingga1980-an.

Bersama-sama dengan penjaga gol R Arumugam, pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun, pemain tengah Reduan Abdullah dan Shukor Salleh dan temannya di barisan hadapan iaitu Isa Bakar, pasukan Selangor dan pasukan Malaysia merupakan antara pasukan yang terkuat di rantau Asia.

 Pada tahun 1974, beliau mewakili Malaysia menentang pasukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan menjaringkan kedua-dua gol pada perlawanan itu sekaligus gol kemenangan untuk pasukan Malaysia. Empat tahun kemudian pada tahun 1978, beliau sekali lagi mewakili Malaysia menentang pasukan kebangsaan England yang berakhir dengan kesudahan seri satu sama hasil jaringan Mokhtar Dahari dan jaringan Paul Mariner.

Beliau juga pernah mewakili pasukan pilihan Selangor pada Januari 1982 menentang pasukan Boca Juniors daripada Argentina yang diketuai oleh legenda bola sepak duni, Diego Armando Maradona. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan memihak kepada pasukan Boca Juniors dengan jaringan 2-1.

 Beliau bersara pada tahun 1986 setelah perlawanan akhir Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Selangor dan beliau sendiri menjadi pemain terbaik perlawanan. Beliau juga memberikan jersi no 10 beliau kepada Raja Muda Selangor ketika itu. Pada tahun 1987, beliau keluar daripada kancah persaraan dan bermain untuk Selangor untuk satu musim lagi. Pada Januari 1988, beliau menyertai pasukan Kwong Yik Bank dan telah berjaya memenangi Piala Selangor pada tahun tersebut.

Walaupun tidak begitu dikenali di peringkat antarabangsa, beliau telah menjaringkan 125 gol untuk pasukan Malaysia  dan menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Malaysia setakat ini.

Beliau meninggal dunia pada 11 Julai 1991 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit motor neurone disease di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pada pukul 8:25 pagi. Jasad beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Bukit Permai.

Kehilangan beliau umpama jatuhnya sebutir permata yang begitu berharga ke dasar laut, hampir mustahil untuk ditemui kembali.


Di bawah ini disertakan video dokumentari yang menceritakan tentang kisah hidup beliau.

 
Mokhtar Dahari Documentary Part 1


 
Mokhtar Dahari Documentary Part 2


Mokhtar Dahari Documentary Part 3

Sunday, January 16, 2011

Kamera LOMO - Fisheye.

Salah satu jenis LOMO kamera yang menjadi perhatian aku baru-baru ini. Hasil yang menarik dengan harga yang agak berbaloi aku rasa. Walaupun menggunakan filem, tapi nilai estetika yang ada pada kamera ini membuat si pemakainya berasa seolah-olah berada pada zaman 80-an.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...