Wednesday, December 29, 2010

Sejarah Sudah Tercipta.

Ngauman keramat sang harimau ternyata berjaya menenggelamkan
teriakan sang garuda yang nampaknya tidak bermaya di tempat
sendiri. Meskipun tewas, sang harimau pulang megah dengan
piala yang diidam-idamkan.

Benar, Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki 2010 meskipun
tewas 1-2 dalam perlawanan timbal balik malam tadi di
Stadium Gelora Bung Karno dengan aggregat memihak kepada
pasukan Malaysia, 4-2.

Pasukan Indonesia mengganas dengan serangan bertalu-talu
ke gawang Malaysia pada separuh masa pertama. Hasilnya,
Indonesia berjaya memperolehi sepakan penalti setelah bola
terkena tangan bek kanan Malaysia, Sabre Mat Abu.

Tetapi ternyata sang Garuda tempang apabila sepakan penalti
yang diambil oleh si 'pekau', Firman Utina, kapten Indonesia, mudah
dibaca oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang berjaya
membisukan penyokong-penyokong Indonesia yang berada di
stadium buat sementara waktu.

Pasukan Malaysia akhirnya berjaya memperolehi gol hasil
jaringan penyerang Malaysia, Safee Sali pada separuh masa
kedua. Menerima hantaran cantik daripada pemain sayap kanan
Malaysia, Ashaari Shamsuddin, Safee Sali merembat kencang
ke kanan pintu gol Indonesia sekaligus menewaskan penjaga
gol Indonesia, Markus 'Si Kepala Botak'.



Indonesia berjaya mendapatkan dua gol menerusi jaringan
Arif Suyono dan jaringan sendiri bek tengah Malaysia, Muslim
Ahmad yang tertampan bola ke gawang sendiri. Namun itu
tidak cukup untuk menumbangkan sang harimau yang gagah
bertahan sehingga ke wisel penamat.

Sebagai juara, pasukan Malaysia pulang dengan wang kemenangan
bernilai USD100 ribu manakala pasukan Indonesia membawa
pulang USD50 ribu. Penyerang Malaysia, Safee Sali berjaya
menggondol anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan dengan
lima gol manakala si 'pekau' Firman Utina, kapten Indonesia,
berjaya menggondol anugerah Pemain Terbaik Kejohanan.




Sejarah akhirnya tercipta.






*p/s : next, piala dunia. :)

Monday, December 27, 2010

Berbaloi-baloi.

Ini bukannya dongengan belaka. Ini bukannya bedtime story. Ini kisah benar belaka.

MALAYSIA 3 - 0 INDONESIA

Malaysia menang hasil dua jaringan Safee Sali dan satu jaringan Ashaari Muhammad.
Separuh masa pertama aku tengok, agak seimbang. Masuk jek separuh masa kedua,
Malaysia lebih banyak serang. Apapun, Malaysia dah ada bekalan yang selesa untuk
bertandang ke Jakarta rabu nih.

Keadaan stadium memang sesak. Aku sampai dekat stadium dalam lebih kurang pukul
5 petang. Masa tuh pun dah ramai orang. Tunggu member punya pasal, pukul 7 lebih
baru aku dapat masuk stadium. Masuk-masuk jek, tengok semua seat dah penuh.
Bertawaflah kitorang satu stadium nak carik seat kosong punya pasal. Nasib baik
ada. Itupun seat yang disediakan untuk penyokong Indonesia. Tak kisahlah, asalkan
dapat.

Kitorang dapat seat belakang gol Malaysia separuh masa pertama dan belakang gol
Indonesia pada masa separuh kedua. Jadi memang bertuahlah kitorang dapat tengok
ketiga-tiga jaringan Malaysia.

Member sanggup datang dari Melaka beb semata-mata nak
tengok Malaysia main.

*p/s : kita tunggu hari rabu nih samada Malaysia menang atau tak.

Saturday, December 25, 2010

YES !

Ini bukannya Year End Sale. Dan juga bukannya Yuspuri
Esparado Sombrero. Ini adalah Yahuu Eden Suko. Eya, aku
memang tengah suka sekarang nih. Baru jek tadi aku dapat
jersi Malaysia (away) daripada member aku. Warna biru beb.
Stailo gilerr ahh. RM40 jek, member aku belikan daripada
dealer yang dia kenal dekat fesbuk.

Inilah dia.

Bukannya apa, jersi Malaysia yang baru belum sampai lagi
dekat Uptown Danau Kota. Kalau ada pun sekarang, harga
dalam RM60-RM70. Sebab sangat rare. Tempat lain pun harga
lebih kurang jek. Kira beruntung lah aku nih dapat murah.



*p/s : yay! malam nih bolehlah aku melaram pergi stadium
dengan jersi baru.

Impian.

Malam semalam, balik jek dari lepaking aku teruslah on
laptop. Dalam kebluran tak tahu nak buat apa aku
godek-godek la semua benda yang ada dalam laptop aku nih.
Godek punya godek, terjumpa satu video nih. Video
perlawanan akhir piala dunia 2010. Belanda lawan Sepanyol.
Aku rasa semua orang memang dah tahu lah kan yang
perlawanan tuh dimenangi oleh Sepanyol.

Pasukan Sepanyol


Pasukan Belanda

Tapi kenapa aku tetap nak bagitau jugak ? Sebabnya aku
ada satu impian. Impian nak tengok pasukan Malaysia
beraksi di pentas akhir piala dunia. Bukannya apa, bila
aku tengok Iker Casillas (kapten Sepanyol) menjulang
piala kemenangan, aku dapat rasa satu feeling melanda
badan aku. Seram sejuk. Aku pun tak tahu kenapa.
Mungkin sebab diorang menang kot.

Juara dunia, Sepanyol.

Muahahaha. Pelik kan ? Tapi aku rasa nanti kalau (kalaulah)
Malaysia yang menang, mesti aku gembira tak terhingga
sampai menangis teresak-esak.

Inilah videonya,




*p/s : agak-agaknya bila Malaysia nak menang Piala Dunia ?
Peringkat Asia pun tak lepas lagi.

Kawan Fesbuk.

Aku ada seorang kawan.
Dia perempuan.
Aku rasa dia comel la jugak.
Aku kenal dia melalui fesbuk.
Kitorang sebaya.
Dia se-UiTM dengan aku.
Tapi dia course lain.
Dan dia bawah aku satu semester.
Kontek memang jarang.
Sebab hanya melalui fesbuk sahaja.
Kitorang tak pernah lepak sama-sama.
Aku pernah terserempak dengan dia.
Aku pernah naik satu bas dengan dia dari Bukit Jalil ke
Lendu.
Tapi aku segan nak tegur.
Aku pun tak tahu kenapa.
Mungkin sebab aku nih pemalu kot.
Atau mungkin sebab dia terlalu hot.
Aku risau aku terbakar bila tegur dia.

Janganlah korang fikir aku nih psycho ke, freak ke sebab
tulis benda alah macam nih.
Aku hanya tulis apa yang aku rasa jek.


*p/s : kau mesti baca kan ?

Bengang.

JEBAT ?

TIIIDAAAAKKKK!!


*p/s : aku taknak tukar kolej. uhuhu.

Friday, December 24, 2010

Fariza Azlina Ishak.

"Teenagers will never change. They'll always have problems."

"If you want to see something you like, you just might as well do it yourself."


*p/s : Fariza Azlina Ishak adalah pengarah bersama Effendee Mazlan, suaminya, untuk filem KAMI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...